KUALA LUMPUR: Datuk Armizan Mohd Ali yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini menzahirkan rasa bangga atas komitmen dan legasi kecemerlangan kepimpinan yang ditinggalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Armizan yang sebelum ini merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) serta memangku jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sejak Julai lepas, menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
"Saya mohon untuk mengambil kesempatan bagi pihak seisi keluarga KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) merakamkan setinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub.
"Sepanjang tempoh memangku jawatan ini, sejujurnya saya adalah saksi kepada komitmen dan kerja keras serta legasi kecemerlangan kepimpinan beliau di KPDN," katanya.
Armizan ketika menggulung perbahasan berkata agenda dan fokus kerajaan ketika ini termasuk Belanjawan 2024 bertemakan 'Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat' yang perlu dilaksanakan mengambil kira tuntutan dan realiti semasa.
"Dewan ini perlu menerima hakikat dan realiti bahawa ekonomi dunia khususnya isu kos sara hidup merupakan latar penting yang tidak boleh kita pinggirkan atau ketepikan.
"Berdasarkan kajian dan perspektif asas mengenai isu kos sara hidup yang ada pada mutakhir ini boleh menjadi panduan dan rujukan iaitu Global Risk Report 2023 mengenai kajian risiko dilaksanakan World Economic Forum yang telah meletakkan kos sara hidup sebagai risiko utama untuk tempoh satu hingga dua tahun akan datang, mengatasi risiko lain termasuk risiko bencana," katanya.
Dalam pada itu, Armizan berkata Program Jualan Rahmah yang dilaksanakan sejak April lepas sentiasa mendapat sambutan menggalakkan dengan penglibatan daripada pasar raya besar, pasar raya, peruncit, pembekal dan pemborong yang merupakan pemain industri sedia ada yang sentiasa komited melaksanakan program berkenaan dengan jayanya.
"Sejak pelancaran Program Jualan Rahmah, KPDN telah sasarkan pelaksanan di 222 kawasan Parlimen dan 640 kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh negara. Setakat 11 Dis lepas, program ini telah merekodkan kehadiran lebih 5.6 juta pengunjung di 4,234 lokasi.
"Justeru, sekiranya terdapat usahawan atau syarikat yang berminat untuk memasarkan produk mereka dalam program ini, mereka boleh berhubung dengan pejabat KPDN negeri dengan syarat asas barang yang dijual adalah barang keperluan harian yang dijual pada kadar 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran," katanya.
Mengenai jaminan tidak berlaku kenaikan harga barang pada tahun hadapan, Armizan berkata tidak wajar untuk kerajaan berjanji pada perkara yang tidak keseluruhannya dalam kawalan kerajaan apatah lagi apabila sistem ekonomi Malaysia mengadaptasi sistem ekonomi pasaran bebas.
"Di samping itu, instrumen utama kerajaan pada masa ini adalah pemberian subsidi sama ada dalam bentuk pukal atau bantuan tunai. Antara strategi dan mekanisme yang telah dan sedang dilaksanakan ialah pemberian subsidi pukal bahan api, petrol diesel dan gas petroleum cecair, minyak masak sawit kemasan peket, rebat bil elektrik dan iniatif Payung Rahmah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
ARMIZAN: Sejujurnya saya adalah saksi kepada komitmen dan kerja keras serta legasi kecemerlangan kepimpinan beliau di KPDN. - Astro AWANI
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.